Ahad, 30 Januari 2011

Selasa, 11 Januari 2011

Ana Rafali di komen oleh peminatnye




ni antara komen peminat terhadap ana rafali kat fb hot fm x tahan.aku pun terjerumus komen kat fm.ramai orang fb like kat comment aku.kalau nak tahu lebih lanjut sila ke fb hot fm untuk tengok komen2 panas ni!!! panas!!!
Tajuk utama HOT FM selepas AJL keesokanya
Pemenang AJL 25 di studio Hotfm - ANNA RAFFALI.... ada soalan atau ucapan, sila taip di komen sekarang :-)
Macam2 sumpah saranah untuk anafali..
Precious Rose: hurmmm takpe lah Ana Rafali mesti tengah baca komen2 kita ni ...at least she know...next time you kena perbaiki...sebutan..jangan terlampau terbawa2...belajar kat Malaysia, membesar kat Malaysia...tetiba menyanyi ada slang pula... adeeehhh....jadi next time perbaiki diri...take it positively.Orang tak setuju awak menang...sebab banyak kelemahan...thats
slim diet perembahan ana rafali mmg teruk dan buruk . Alasannya :1. Time perfome, sebutan bahasa mlayu menjadi slank english,kalau masuk AF dah lamer kene kutuk ngan pengkritik dan cikgu AF.2. Persembahan x mnarik, koriografi sangat buruk, dengan kha......diran syaitan2 dan pagar putih tu sanagt serabut. lebih baik buat simple cam YUNA, just duduk atas kerusi, and more focus on vokal.3.buat magik tu cam mniru style mawi tym AJL dulu, dah lapuk la, x sesuai ulang bende yang same, dah ketandusan idea ker sampai terpakse mniru gimik orang tang terdahulu.....!!!!
Precious Rose bukan tak faham...kalau juara lagu tiket lirik..patut buat anugerah lirik terbaik. peminat AJL tak sakit hati...so esok i buat lirik suara i ke laut, sebutan tak jelas, konsep persembahan tak jelas..boleh menang AJL. Peminat AJL nak JUARA AJL adalah JUARA dalam semua aspek, persembahan, vokal dan lirik... baik next time buat Anugerah Juara Lirik... ngehehehehe cheers beb

Ni antara Komen yang menyokong Ana Rafali
Puteri Bella ana wlupn suara ana tak bape unik..tp ana pandai membuat lagu melalui puisi..dan mengarang sendiri..lagu ana tu mmg ada makne tersirat dan best...kalau nak jalan mudah utk dapat 30.000 bg sesiapa yang jeles tu..trylah buat lagu sendiri dan upload ke utube..mne taw..anda pun terpilih.....x pandai menyanyi boleh menyanyi pun kira ok beb...zaman skunk suara rata..zaman dlu suara berallun..skunk all in one..menyanyi,mgrg,berpuisi,melirik,,,,,,,
Noorulzaki A. Rahman Lagu Ana Rafali ni memang sedap dan kalau dengar lirik dia memang mempunyai maksud yg mendalam tapi semalam punye performance, bagi saya tak berapa best sangat sebab mungkin Ana Rafali tak sihat dan suara dah serak (dapat tahu masa tgk Melodi ) tapi apa2 pun tahniah sebab dah jadi juara.
Intan Yus Tahniah Ana Raffali, susunan lagu & lirik mmg sedap, juri tlh buat keje dgn baik. Walaupun sy peminat Faizal Tahir, tp mmg tau lagunya x cukup kuat & suara out / pecah masa nyanyi. Camnepun, sgt suke bile FT menang persembahan terbaik. Tahniah!!!
hahhah..Nak wat cam ner juri dah tentukan..suara macamana punlah pemenang dia dah di noktahkan.Kalau nak jadi seperti ana rafali oleh insan2 yang berbakat bolehlah merakamkan video dan upload kat youtube dengan cara mudah dapat rm 30.000 ribu mana tau ada komposer yang terpegun tuah nasib badan siapa yang tahu...aku pun rasa macam nak buat lagu sendiri tapi tak de lah pulak aku pandai main gitar..


































Puisi Arti Kebahagian


Manusia bahagia bila ia bisa bisa membuka mata,
Untuk menyedari bahawa,
ia memiliki banyak hal yang berarti,
Manusia bahagia bila ia,
Mau membuka mata hati,
Untuk menyadari betapa ia dicintai.
Manusia bahagia bila ia,
Mau membuka diri agar orang lain
bisa mencintainya dengan tulus.
Manusia tidak bahagia kerana ia,
Tidak mau membuka hati,
Berusaha meraih yang tidak diraih,
Memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan,
Dan tidak mau bersyukur.
Manusia buta kerana egois,
Dan hanya memikirkan diri sendiri,
Tidak sadar bahwa ia bergitu dicintai,
Bahwa saat ini apa yang ada adalah baik,
Selalu berusaha meraih lebih
Dan tidak mau sadar kerana serakah.
Kita akan bahagia bila bisa menerima diri apa adanya,
Mencintai dan menghargai diri sendiri
Dan mencintai orang lain.

Ahad, 9 Januari 2011

Punggai Beach Resort








Beberapa Gambar yang sempat bergambar di Punggai beach resort


Hari sabtu minggu lepas saya pergi ke punggai bercuti bersama rakan-rakan kerja abang.
Saya pagi2 sudah bangun membeli sarapan.Menggantuk mata ini rasanya menyiapkan pakaian untuk berpergian bercuti ke Punggai Resort Beach.Sebelum sampai ke punggai saya & pasangan pergi makan tengahari di bandar penawar,keadaan sekitar penawar sangat bersih nampak kekampungan disana tapi agak sunyi.

Kampung kawasan sana nampak x hiduplah mungkin belum dinaikkan taraf lagi.nampaklah, lebuhraya sedang dibuat.akan datang tempat ini akan menjadi pintu utama menghala highway ke pasir gudang.senanglah bagi sesiapa yang tinggal ditempat perdalaman.

Sampai ketempat beach resort,nampak airnya pasang dan ombaknya kuat tidak boleh mandi tempat sebegini.musim akhir bulan 12.ombaknya, lain macam...boleh tahanlah kat situ
ada swimming untuk orang dewasa dan budak boleh berendam dalam tu.ada taman buaian dan ada tempat bermain bola tampar maksud aku ada gelanggang untuk buat aktiviti.ada kayak ,kasut terompah 3 kaki sekali jalan.macam aktiviti sukan perkampungan gitu.abg pergi mengambil kunci di ofis challet Melor 4 bilik kami.Penat perjalannan tido sekejap,mata tak tahan walaupun 1 jam setengah sahaja untuk sampai kesini. Tidolah sepuas-puasnya kat bilik ni sebab aku memang kuat tidur pun...

Malamnya pula kami be BBQ kat sana.aku tahu makan je lah.siap ada aktiviti hiburan malam,apa lagi irama dan lagu tak dapat dipisahkan..apa lagi berkaraoke masuk token rm1.50 selagu.Berlagu2 aku menyanyi dapatlah 4 buah lagu dah token ada depan mata.aku nyanyi lagu wann.org lama.abang kata kepada kawanya"dia ni pantang dapat lagu free"..Apepun memang best gila

Untuk Penulis blog

Assalamualaikum & Salam sejahtera Malaysia.

Semalam saya baru buka email gmail dan dapat 1 email tentang join utk penulis blog bandar raya Johor Bahru..

Rakan yang berbakat besar bolehlah join sekali..dibawah ini keterangan yang saya dapati melalui email.Kenapa perlu membazir masa sekiranya masa dibuang sia-sia.lakukan untuk meningkatkan penulisan dan justeru,menambahkan ilmu terhadap bahasa melayu

Hai,

Saya menjumpai blog Sejarah kehidupan anda di Blogger dan saya mungkin mempunyai cadangan yang menarik untuk anda.Saya bekerja dengan yayasan CityMedia (citymediafoundation.org) dan pada masa ini kami menawarkan penulis blog yang berkaitan dari seluruh dunia peluang untuk menjadi pentadbir tapak video bandar mereka, inilah sebabnya saya menghubungi anda.
Kami telah mewujudkan rangkaian [City].vi, menjadikan video bandar-bandar di dunia boleh diakses mengikut model alamat ini: “ama bandar” diikuti dengan “.vi”
Contohnya: paris.vi, madrid.vi, chicago.vi, losangeles.vi, dsb.Model alamat ini boleh digunakan untuk 68,000 bandar paling penting di dunia. Fikirkan tentang sebuah bandar dan cuba... Objektif rangkaian [City].vi adalah untuk menjadi sumber terkemuka kandungan video tempatan.

Strategi kami: bekerja bersama-sama penulis blog tempatan yang berkaitan. Kami amat berbesar hati sekiranya anda menjadi pentadbir johorbahru.vi dan menawarkan pelayar internet pilihan video yang luas tentang Johor Bahru.Dengan menguruskan tapak video bandar anda, anda memperoleh semua hasil yang dijana daripada tapak itu: iklan, pendaftaran golongan profesional, pautan...

Anda juga perlu tahu bahawa untuk bandar yang sama, kami menghantar cadangan kepada beberapa penulis blog.Jemputlah ke tapak, anda akan dapati butiran lanjut tentang cadangan ini dan kelebihan bekerja dengan kami serta mengambil alih tapak video bandar anda.

Video: http://www.youtube.com/watch?v=Kl500NppDCYFacebook: http://www.facebook.com/city.viTwitter: http://www.twitter.com/city_vi
Terima kasih atas perhatian anda. Vicki KarlinCity.vi ManagerCity.vi, a tool by CityMedia Fdtcitymediafoundation.org unsubscribe ______________________________________________Copyright © 2009-2010 CityMedia Fdt.

Sabtu, 7 Ogos 2010