Rabu, 20 Julai 2011
Perut Stretch mark
Kesan ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan
• Gunakan losyen atau krim stretch mark lebih dari sekali sehari di bahagian yang mungkin akan terjadi jalur ini. Mula dari awal mengandung
• Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini.
• Jaga berat badan, jangan naik melebihi berat ideal anda. Dan pastikan berat naik dengan perlahan mengikut progress hamil.
Jika anda telah mengalaminya, terdapat rawatan tertentu yang boleh dibuat selepas bersalin. Boleh sapu krim tertentu atau jika kesan teruk mungkin boleh jalani rawatan yang lebih teratur.
Kebanyakan krim di pasaran mengandungi cocoa butter dan vitamin A dan E. Cocoa butter membantu melembabkan kulit dan mengekalkan kelembapan. Ini memperbaiki keseluruhan elastik kulit yang membantu mengelak jalur ini
Vitamin E adalah antioksida yang penting untuk memelihara dan melindungi kulit anda. Vitamin A, juga dikenali sebagai retinol, adalah antioksidan yang penting untuk kesihatan. Glucocorticoids, sekumpulan hormon boleh mengurangkan keberkesanan Vitamin A, jadi penting penambahannya dalam krim
Shea butter juga kini merupakan bahan yang digunakan sebagai krim ini, membantu memperbaharui dan peredaran serta perlindungan semula jadi dari ultraviolet. Satu lagi adalah Alpha-hydroxy acids (AHAs. Ia didapati daripada . Ia membantu memperbaharui kulit, dan mungkin anda akan terasa kering sedikit dan berlapis apabila mula menggunakannya kerana ia membuang kulit mati dari kulit anda.
Sapuan krim ini bukan sahaja membantu mengelak stretch mark ini malah bagus untuk peredaran pada lapisan kulit. Urutan ketika sapuan akan mengalakkan peredaran di kawasan di urut. Jika dilakukan setiap hari kesannya akan dapat dilihat.
Namun ada juga krim yang tidak dapat membuang stretch mark yang sedia ada kerana, ia hanya menumpukan keberksesanannya pada lapisan luar (epidemis) sahaja. Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan kombinasi lapisan luar (epidemis) dan pertengahan (dermis) kulit anda.
Lepas bersalin boleh cari krim dolla cantik..maybe berkesan
Jumaat, 15 Julai 2011
Nama bayi perempuan islam
link dibawah ini adalah bayi perempuan kerana dalam kandunganku sekarang adalah anak perempuan dalam perut ini.kita kongsi nama yang baik2 ini bersama dan menjadi salah satu nama yang baik untuk bayi yang akan dilahirkan nanti.
http://nama.crazyartzone.com/index.asp?cat=Perempuan&ch=N
Anak lelaki atau perempuan aku tak kisah asalkan sihat walafiat. Mula2 ingat dalam kandungan ini anak lelaki abis gaya muka cam anak lelaki lesu,penat,x nak bersolek,malas. Apepun tak kisahlah agaknya ni disebabkan mak mentua ramai anak lelaki x?heheh
Nama Anak Lelaki dalam islam pula ini.
http://names.crazyartzone.com/?cat=Lelaki
Persedian barang bersalin
Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang
1. Kain batik lepas (Kain batik yang belum dijahit). Ia sebagai alas semasa tidur terutama sebulan selepas bersalin;
2. Kain batik yang sudah siap dijahit. Untuk dipakai seharian di rumah. Bagi yang berduit, dapatkan blaus yang memudahkan pergerakan dan selesa;
3. Baju/blaus yang memudahkan Si Ibu untuk menyusukan anak dan ia mesti selesa untuk Si Ibu. T-Shirtpun boleh. Pilih T-Shirt yang tidak terlalu tebal atau nipis;
4. Produk kesihatan. Banyak di pasaran sekarang. Ia perlu di zaman moden ini kerana pantang zaman sekarang tidak seperti zaman dulu-dulu;
5. Orang untuk menjaga Si Ibu dan Si Anak semasa pantang.
7. Tuala wanita bersalin sebanyak 280 keping/ 14 peket (20 keping sepeket) bagi kegunaan 5 keping sehari selama 60 hari. Pilih yang mempunyai permukaan lembut. Bagi yang tidak kisah untuk pakai kain, ia terpulang. Kedua-dua ada baiknya;
8. Stokin. Orang kata, masuk angin jika tidak pakai stokin. Jadi, mesti selalu pakai stokin untuk kesihatan;
9. Alat-alat jagaan kebersihan wanita. Jangan lupa juga perkara-perkara asas yang lain seperti syampu, ubat gigi, bedak, sikat, tuala muka-rambut-dan badan-asingkan. Pastikan diri Si Ibu sentiasa kemas dan terurus.
10. Pastikan rumah dikemaskan sebelum bersalin. Supaya tak berserabut nanti. Dalam pantang tidak boleh buat kerjaj berat
11. Sediakan tilam yang tidak begitu tebal atau nipis. Biasanya tukang urut tidak mengurut atas katil tapi di atas lantai. Ia juga memudahkan si ibu bergerak ke sana ke mari.
12. Batu tungku.
13. Ubat-ubatan dan krim badan. Selain produk kesihatan yang kita beli di pasaran, penting juga, jika ada untuk kita minum air akar kayu, sapu minyak angin kat badan, dan krim stretch mark.
14. Katil bayi.
15. Diapers/Lampin Si Anak. 280 keping untukk 60 hari. Lampin/diaper anak yang baru lahir perlu sentiasa ditukar, lebih kurang 5/6 kali sehari.
16. Tilam, bantal, selimut bayi.
17 Alatan mandi bayi. . Jadi elok mendapatkan alatan yang yang memang selalu diguna dalam jumlah yang banyak sekaligus. Maksudnya dalam botol besar. Bedak tak perlu beli dalam botol besar.
18. Pakaian Si Anak. Beli awal-awal dan pilih warna neutral (biasanya bila kita scan anak perempuan, mulalah kita nak beli warna pink, begitu juga sebaliknya. Tapi sejauh mana kita yakin anak perempuan yang akan lahir nanti, betul tak?
19. Basin mandi Si Anak.
Persediaan Si Ibu Semasa Hari Bersalin (Di Hospital)
1. Beg Pakaian
2. Dokumen-dokumen penting (letak dalam satu beg kecil)
3. Tuala mandi 1, tuala muka 1 dan tuala rambut 1
4. Alatan mandi dan cuci (ubat dan berus gigi, syampu, sikat rambut, sabun mandi, sabun basuh dll)
5. Kain batik untuk dipakai 3
6. T-Shirt 3
7. Tudung kepala (tidak terlalu besar atau kecil)
8. Pengikat rambut (bagi yang berambut panjang) atau klip rambut. Ini memastikan rambut sentiasa kemas dan terurus. Nanti tak rasa berserabut. Kesihatan juga terjaga.
9. Tuala wanita 1 peket (20 keping). Bawa lebih lebih baik jika jauh dari hospital nanti tidak menyusahkan suami pergi balik untuk dapatkannya untuk kita.
10. Bakul
11. Termos 1
12. Bekas air 1 (atau air mineral 3 btl besar)
13. Cawan
14. Tupperware
15. Roti putih, biskut tawar, susu tepung untuk ibu yang menyusu
Persediaan Si Anak
1. Beg Bayi
2. Selimut 2
3. Baju dan seluar 3
4. Diapers Newborn size/ saiz S
5. Tuala untuk mengelap tubuh Si Anak 1
6. Tuala basah (wet wipes) 4 peket
7. Botol susu kecil (mana tahu susu ibu lambat keluar jadi kena bagi susu formula dulu)
8. Susu formula (tin/peket kecil)
9. Minyak telon/ Yu yee
Persediaan awal sebegini amat penting bagi kita supaya kita tidak perlu bersusah payah di kemudian hari. Tindakan awal sebegini juga tidak akan menyusahkan suami kita terutama sekali bagi pasangan baru berkahwin yang belum ada pengalaman mempunyai anak. Apa lagi jikalau tiba-tiba suami ada urusan penting dan tinggallah kita keseorangan dengan anak. Jadi, apabila semua sudah ada, tiada apa yang perlu dirisaukan lagi.
Muntah- Muntah dari awal hingga sekarang
Tak boleh nak makan lagikan nak buat kerja memang takde mood mengadap kerja didepan PC.
x der masa lagilah.Sakit...sakit...sakit...Sakit buatan lelaki begini rasanya. Ya allah, sesungguhnya penyakit ini sebahagian daripada iman!!!. Pelbagai cara telah dibuat pergi ke Klinik ada dalam 10 kali kot berbagai ubat Veloxin,iron ape ntah,ubat coklat.erm...semuanya tak jalan2. still sama. Kena tahan je lah..
Dekat sinki pun penuh.selain itu, plastik bunga2 kedai jadi mangsa ku untuk mengeluarkan sisa makanan sebentar tadi ku makan. Sehinggalah boss aku kata u x sehat ini. U transfer Office lah dapat rehat sikitlah tak banyak kerja. Aku taknak,tapi balik jugak lah ke HQ yang bosan ini sampai aku terlalu rajin sangat nak buat blog ini dan melihat info2 risiko semasa dalam kandungan memperluaskan minda ini.
bayi dalam kandungan



Gambaran diatas adalah scan ke atas bayi
Sediamaklum, rasa mcm teruja untuk mendapatkan bayi dalam usia muda ini. Tidak sabar rasanya menanti kelahiran bayi didunia memang orang mengatakan kenangan paling terindah dan pahit bagi ku merasa kesakitan semasa mengandung ini,mmg benar kebanyakan orang katakan menanti 9 bulan macam2 yg berlaku spt perasaan,emosi,fizikal dan harmon yang tidak stabil lebih sakit dari bersalin,itu yang ku dengar tetapi aku tidak mempunyai pengalaman pun.Benarkah?.Nantikan sahaja kesakitan bersalin lagi 3 bulan lagipun, bayi dalam kandungan ini adalah yang pertama.
Menyediakan Perkhidmatan Printing Services Banner,Bunting,Business Card,T-shirt,mug,Button Badge,id tag,flyers,Pamplet souvenier pelbagai perkhidmatan disediakan.
Printing Online..Mudah Online
Sebut Harga :printing.artwork@gmail.com
Sila Hubungi No: 019-7247573 (Naniey)
LIKE PAGE
http://www.facebook.com/pages/Naniey-Printing-Artwork/228475630564960
KATALOG N PRICE
http://cetaktshirtsmurah2u.blogspot.com
http://cetakkadkahwin2u.blogspot.com

