1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam
sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat.
Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka
tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima
bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang
sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada
pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya.
Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus
di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi
dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya
berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan
kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah
perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita,
yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan
perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia
sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi
putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang
untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan
kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu
kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan,
perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang
berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan
sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat
ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara
perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira
dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada
sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan
yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan
memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh
semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang
terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka
menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat
pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang
sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung
dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga
juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh
dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah
sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika
keluarganya tidak menyukai anda...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan