Selasa, 2 Ogos 2011

Cerita Bulan ramadhan

1st puasa 4.30 pagi sahur memang niat nak puasa tapi pukul 6.30 pagi aku dah muntahkan makananku tadi dengan tidak sengaja bukan itu saja kepalaku menjadi pening memang tidak dapatlah aku berkerja hari itu. Pukul 1.30 ptg aku mula lapar perutku semacam tidak dapatlah aku berpuasa,aku hanya berpuasa 1/2 hari sahaja. Kini 2 hari aku tidak berkerja iaitu MC dari klinik elizabeth (doktor kata u x payah puasa u jaga baby u sahaja u puasa tapi memudaratkan memang tidak baik bagi baby). Jika aku pergi kerja, aku rasa sakit sangat kepalaku ini dan rasa macam nak baring sahaja dengan suasana office yang udaranya kurang baik
aircond nye bau macam nak memuntahkan.

aku macam hidup macam tak hidup,
mati macam tak mati...
Ya allah inikah yang dinamakan ujian untuk hidupku..
aku masih bertahan menahan kesakitan ini tapi kadang2 tidak daya
aku menahannya.Rasa susah nak pergi kerja nak buat itu buat ini
semasa dirumah pun aku hanya baring dan tido sepanjang masa,tidak dapat aku berbuat apa2 selain tido.

Aku mengulas perutku yang semakin membesar ini sudah hampir 7 bulan 1 minggu.
"Baby bagi bonda sihat,senang bonda nak pergi kerja esok.jangan buat bonda sakit pening2 dan muntah2.cepatlah baby kuar ke dunia ini".kataku kepada baby dalam perut ku in,sambil merasa pergerakan baby ini.Aku ingin semuanya cepat aku ingin baby ini keluar cepat..aku tidak sabar menunggu menahan kerana sakit.Ini memang keluhanku,
sudah 7 bulan tapi masih sakit.Mengapa?..sedangkan usia kandungan aku ini sepatutnya dah tiada sakit lagi..

Memang teruk pembawakan anak yang pertama ini..sampai ke hari ini aku masih lemah.Hormon aku ini memang tidak baik bagiku.aku menunggu saatnya baby ini dilahirkan lagi 2 bulan,sekarang 28 minggu bermakna ada 11 minggu lagi untuk tarikh kelahirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan