Isnin, 26 April 2010

Prestasi Nuffnang

Salam Sejahtera Rakan Seperjuangan
Ini adalah performance aku time join nuffnang
awal bulan..Walau hasil ini masih menghampehkan aku.
Tapi sudah cukup membuat aku lega..
Rakan2 joinlah nuffnang daftar percuma aje..
anda akan dapat menghasilkan duit..
Tunggu apa lagi..daripada buat keje tak faedah..
Siang keje malam mengambil masa dengan nuffnang..

Kalau nak tahu lebih lanjut layarilah ahli rajacopypaste.blogspot.com
yang dapat duit



Ini Jumlah pengunjung bulan ini

Pengunjung Minggu Ini

Jumlah iklan

Apa tunggu lagi jangan membuang masa just click n free..
jomlah join nuffnang Geng!!!!

Jumaat, 23 April 2010

Flex Annual Dinner 2010

Bebudak Qualtest 2010

2 Rakan Sekerja

Ila Mlm Dinner Yang Paling Cantik

Pleasing Maut

I LoVe U aLL

12 Jejaka Tampan tidak termasuk Hay

HappY semua

Friend Forever

Selasa, 20 April 2010

Gambar Erra Fazira Dan Keluarga Di Tanah Suci Mekah


Rokku cukup suka dengan gambar baby somel Engku Aleesya dengan mama tercinta Erra Fazira yang berlatar belakangkan Kaabah nih.Sangat menarik
walaupun gambarnya takde la high quality sangat.Mesti cute macam mama
dia jugak bila dah besar nanti si Engku Aleesya nih! Dengan dibentangkan
sejadah dan kitab suci yang disediakan,hati hanya ingin melakukan
ibadat saja.Tengok gambar je dah membuatkan Rokku teringin nak
menjejakkan kaki ke Tanah Suci.


Manis je akak Erra kita ni bertudung kan kan kan? Dah kahwin dan dah menjadi ibu ni tak teringin nak betul-betul bertudung ke Erra? Gambar ni
adalah koleksi ketika Erra Fazira dan keluarga pergi menunaikan umrah
dan dikatakan turut sama didalam adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Ini
mengikut sumber lah,betul atau tidak Tuan Guru turut sama tu masih
samar-samar.


Dalam kesibukkan menjadi artis dan ibu masih banyak masa yang sempat diluangkan oleh Erra dan keluarga untuk mengerjakan umrah,mungkin lepas
ni tiba pulak masa untuk mengerjakan Haji pula untuk Erra dan Engku
Emran,InsyaAllah..

Saman Lagi! : Sheila Rusli Dan Berita Harian Disaman RM 5 Juta Oleh Datuk Azlina ..


Saman lagi! Satu belum selesai,satu lagi masuk dalam ini cerita.Datuk Azlina Che Abdullah yang juga merupakan bekas rakan kongsi kepada Sheila
Rusli untuk kes restoran Nasi Dagang House Sheila Rusli.Dalam kes
restoran tuh Sheila Rusli yang menyaman Datuk Azlina tapi dalam kes kali
ni Datuk Azlina tampil dengan menfailkan saman fitnah bagi menuntut
gantirugi am sebanyak RM 5 Juta terhadap penerbit akhbar Berita
Harian,Berita Harian dan Sheila Rusli sendiri berhubung penerbitan 3
artikel yang dikatakan menfitnah Datuk Azlina.

Kes saman Sheila terhadap Datuk Azlina masih belum selesai dan akan
disambung pada 14 Julai ini,Tapi jumlah saman yang dikemukakan oleh
Sheila Rusli terhadap Datuk Azlina takde lah sampai berjuta! Tapi saman
yang dihadapi oleh Sheila Rusli dan Berita Harian.3 artikel yang
dikatakan mempunyai unsur fitnah kepada Datuk Azlina adalah 'Nasi Dagang
House Sheila Rusli Bungkus!','Sheila Rusli Minta Nasihat Peguam' dan
'Ramai Simpati Nasib Sheila' yang diterbitkan oleh Berita Harian pada
9,12 dan 14 Oktober 2005.

Dalam kenyataan balas Datuk Azlina mengatakan yang Berita Harian
menerbit dan mencetak perkataan-perkataan yang berunsur fitnah
mengenainya tanpa mendapatkan fakta yang sebenar dari dirinya.Oleh itu
Datuk Azlina menuntut ganti rugi am RM 5 Juta,ganti rugi
khas,teladan,kos dan lain-lain yang difikirkan sesuai.Sumber

Adehh..Rasanya ni artikel saman atau something yang berkaitan saman yang
ke seriban yang Rokku dah ulas.
Bukan nak jadikan blog ni blog mengulas tentang saman tapi memang itu
yang panas dan hangat! Bayangkan lah RM 5 Juta dik..! Mana kau nak raba
banyak tu? Berita Harian memang lah banyak duit,Tapi kalau kena kat
Sheila Rusli memang sayu lah nak cari jalan untuk membayar saman tuh
walaupun Sheila Rusli memang kaya.Hmm..Rasanya pendekatan berdamai lebih
molek kot? Kalau tetap dibawa ke Mahkamah maknanya Sheila dan Berita
Harian kena fight cukup-cukup lah untuk menang kes ni.

Gambar Tunang Aziz M Osman Dan Puteri Lily Lokman


Huhuhu..Dasat! Buat ke sekian kalinya abang Aziz M.Osman kita tersenyum duduk disinggahsana walaupun hanya majlis pertunangan.Hehehe..Selepas
gagal dengan perkahwinannya sebelum ini bersama dengan pelakon Nor Aliah
Lee gagal dan perkahwinan seterusnya bersama dengan seorang ustazah
Radhiah Ramli juga gagal dan salah disisi agama apabila ustazah
berkenaan masih lagi didalam edah apabila melangsungkan pernikahan
dengan Aziz M Osman.

Sekarang Aziz M Osman telah melangsungkan pertunangannya dengan seorang
pelakon Rokku rasa tapi belum femes lagi budak nih,Anak kepada pengarah
terkenal Luqman Ghani! Iaitu Puteri Sarbainun Lokman atau nama
komersialnya Puteri Lily Lokman.Sedap ape Sarbainun tuh? Unik je Nak
jadi artis kena ada nama komersial ye tak? Ahaks..Aziz M.Osman 48 dan
Puteri Sarbainun Lokman 21 selamat ditunangkan di Taman Lagenda
Mas,Cheras,Kuala Lumpur.

Majlis hanya dihadiri oleh saudara-saudara dan teman rapat kedua belah
pihak,Seniwati Afida Es yang juga merupakan ibu kepada Aziz M Osman
meluahkan rasa gembiranya dengan pertunangan ini dan mengharapkan
jodohnya pada kali ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin juga dari
kita semua.Jumlah hantaran pula dirahsiakan oleh kedua-dua pasangan(
Mesti tinggi hantaranya nih!) dan 6 Jun hadapan akan termetarai lah
ikatan pertunangan ini dengan majlis pernikahan dan perkahwinan Aziz M
Osman dan Puteri Lily Lokman.Cayalah bro! Semoga semuanya akan berjalan
lancar menjelang ke hari bersejarah nanti eh..

Ahad, 18 April 2010

MUSTAHAK NI......SILA BACA

STROKE: Remember the 1st Three Letters.... S.T.R. My nurse friend sent this and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks. Seriously.. P.lease read: STROKE IDENTIFICATION: During a BBQ, a friend stumbled and took a little fall - she assuredeveryone that she was fine (they offered to call paramedics) .she saidshe had just tripped over a brick because of her new shoes. They got her cleaned up and got her a new plate of food. While sheappeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the restof the evening Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had beentaken to the hospital - (at 6:00 pm Ingrid passed away.) She hadsuffered a stroke at the BBQ. Had they known how to identify the signsof a stroke, perhaps Ingrid would be with us today. Some don't die.they end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this... A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hourshe can totally reverse the effects of a stroke... totally . He said thetrick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting thepatient medically cared for within 3 hours, which is tough. RECOGNIZING A STROKE Thank God for the sense to remember the '3' steps, STR . Read and Learn! Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify.Unfortunately, the lack of awareness spells disaster. The stroke victimmay suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize thesymptoms of a stroke. Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions: S * Ask the individual to SMILE. T * Ask the person to TALK and SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (i.e. It is sunny out today) R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS. If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call emergencynumber immediately and describe the symptoms to the dispatcher. New Sign of a Stroke -------- Stick out Your Tongue NOTE: Another 'sign' of a stroke is this: Ask the person to 'stick' outhis tongue.. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or theother , that is also an indication of a stroke. A cardiologist says if everyone who gets this e-mail sends it to 10 people; you can bet that at least one life will be saved. I have done my part. Have you?

AYAM YANG KITA MAKAN....HARAM KE HALAL......

KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?
Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijaminbebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.
E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisisprotein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwanseperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atautidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.
Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara inikini pelik ciri fizikalnya.
Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam dinegara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.
Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untukmemastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.
Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzimitu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesanpenggunaannya.
Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negaraini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.
“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama adabenar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.
“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkanpengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.
Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.
Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi puladigunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.
“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semuapengguna.
Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.
“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau bolehdiketepikan begitu saja.
“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.
Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzimbabi ke atas ternakan.
Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.
Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.
“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.
Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenaienzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman webThe Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.
Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.
Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jermandan Belanda.
“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40hari,” katanya.
Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahanbuangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.
“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan selayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.
Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.
“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaanwas-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.
“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hariberbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.

Baby Cyclops Bermata Satu....






Bayi yang sihat dan sempurna sifatnya sememangnya diingini oleh setiap ibubapa di dunia... Namun tidak bagi pasangan di Chennai, India apabila mendapati anak mereka dilahirkan bermata satu dan sebahagian otaknya tidak berfungsi...
Bayi yang malang itu tidak diberi nama dan disenaraikan oleh hospital sebagai "baby of Gomathi"...
Pada awal september, bayi yang malang itu kemudiannya meninggal dunia....Read more:

Hubungan cinta jarak jauh

Hubungan cinta jarak jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi.
Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu, hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis."Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan."Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar," katanya.Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:1) Kepercayaan dan kejujuranKepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.2) KomitmenKomitmen amat penting dalam perhubungan. Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.3) Selalu berhubunganKomunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan pasangan masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.4) Jangan letakkan banyak harapanSetiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.5) KesetiaanPerhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan. Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.6) EmosiJangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.Read more:

Kisah Kehidupan Rumah Tangga

KISAH sebelum ini menarik perhatian Puan Shana turut sama memberikan pandangan berdasarkan pengalaman yang hadapi kini. Katanya, memang tepat kata orang tua-tua berumah tangga tidak semuanya berjalan lancar
seperti sungai mengalir.

Kalau cerita Norzie suaminya banyak melebihkan keluarganya, demikian juga yang dihadapi oleh Shana, malah yang lebih teruk lagi, suaminya tidak menyukai keluarga sebelahnya,
hinggakan untuk memberikan ibunya duit setiap bulan pun dilarang, inilah
masalah besar yang sentiasa berlengkar dalam kehidupannya.

Bukan setakat itu, nak balik kampung pun ada jadual, tak boleh balik sesuka hati, malah kenduri-kendara mahupun majlis perkahwinan saudara mara
dipilih-pilih malah dia tidak galakkan pergi, kalau pergi pun cuma saya
seorang, demikian cerita Shana dalam e-mel kepada penulis, dan ketika
kami berbual di telefon, katanya dia sering diugut akan diceraikan kalau
tidak mahu mengikut kehendak dan kemahuannya.

``Saya tak tahu pengalaman orang lain, tetapi pahit maung yang saya lalui selama berumah tangga selama 8 tahun ini amat membebankan perasaan dan menekan jiwa
saya. Walaupun kini sudah mempunyai 2 orang anak, boleh dikira dengan
jari bilangan saya balik kampung dalam setahun, biarpun kampung saya
dalam negeri yang sama.

``Masa mula-mula kahwin dahulu, suami saya Eddy memberitahu, rancangan masa depannya terhadap rumah tangga kami dan bagaimana kami boleh memiliki rumah sendiri dengan tidak payah
menyewa rumah lagi. Rancangannya kalau diikut memang bagus, tetapi
malangnya tidak berjalan lancar seperti yang dia sendiri susun.

``Rancangnya saya mesti serahkan gaji saya semuanya kepada dia kemudian dicampur dengan duit gajinya, kami boleh beli rumah dan kereta lebih baik
daripada yang dia ada pada waktu itu. Sementara mencari lokasi taman
perumahan yang elok dan dekat dengan tempat kerja kami, maka kami
terpaksa menyewa rumah dahulu, saya mengikut saja.

``Dari sebulan setahun rumah masih tak ditemui, kalau ada pun rumah yang sesuai, lokasi tak baik, tak jadi beli. Kadang tu lokasi sesuai, tetapi kawasan
perumahan tak cantik tak beli juga. Alasannya, kalau salah pilih setahun
rumah dah roboh, buat apa! Ada juga kawasan tak sesuai kerana selalu
banjir dan sesak dengan kereta pun dia tak beli.

``Tapi yang peliknya rumah sewa kami memang di kawasan sesak dengan kereta setiap pagi hingga ke malam dia tak kisah pulak, alasannya kerana rumah sewa.
Kini sudah tujuh tahun kami duduk di tempat yang sama, dan sesak tapi
dia tak pulak jadi masalah kepadanya. Bagaimana kereta kami kini sudah
dua kali bertukar.

``Saya tak kisah kalau dia cerewet pasal beli rumah, kerana seleranya tinggi, tapi saya bimbang semakin lama bertangguh, harga semakin mahal dan pasti rumahnya bukanlah dekat bandar
lagi, tentu jauh dari KL. Kalau pun ada harganya sekali lipat.

``Namun yang memeningkan kepala saya ialah bab menguruskan rumah semua dia nak buat, kalau tak mahu beli perabut saya tak kisah, tak tukar langsir
empat lima tahun pun saya boleh sabar, sebab tak ada siapa nak datang ke
rumah saya, saudara mara saya jauh sekali mahu datang. Kalau datang pun
keluarga dia nak malu pun rumah tak cantik dia sendiri bukan saya,
sebab saya tak ada duit dan tak ada kuasa dalam rumah sendiri.

``Semua Eddy tentukan. Perabut rumah kami yang ada cuma yang perlu sahaja, kerusi meja, peti sejuk, dapur, meja makan, set bilik tidur semasa saya
kahwin dulu, itu sahaja. Permaidani pun tak ada, alasan Eddy ia berhabuk
tak baik untuk kesihatan. Kipas angin saya ambil dari rumah emak sebab
tak tahan panas, begitu juga pinggan mangkuk periuk belanga hadiah emak
semasa saya pindah lepas kahwin dahulu.

``Eddy tak galakkan saya pegang duit takut saya boros dan membazir, kalau nak beli pakaian saya dan anak-anak dia ikut sama dan tentukan yang mana sesuai untuk kami.
Tudung saya pun dia pilihkan. Biasalah kami beli pakaian setahun sekali
dekat raya.

``Selepas lima tahun kahwin, saya rasa sudah tidak selesa lagi, janji beli rumah entah di mana saya sendiri tidak pegang duit gaji saya kecuali diberikan duit makan semasa di pejabat. Namun
yang lebih membuatkan saya memberontak dalam hati ialah bila saya
meminta duit daripada Eddy untuk diberikan kepada ibu bapa saya dia tak
bagi. Alasannya kalau duit selalu keluar mana cukup nak beli rumah.

``Saya jelaskan kepadanya, kalau sebelum kahwin saya bagi emak bapak saya paling kurang RM200 sebulan, takkan sekarang RM100 sebulan pun tak
boleh. Saya pujuk lagi gunakan duit saya itu bagi emak setiap kali hari
raya dan hujung tahun waktu bukan sekolah untuk membantu adik-adik, itu
pun dia tak bagi. Kadang tu selepas menangis dua tiga hari baru dia bagi
RM100 setahun sekali. Mana cukup.

``Akhirnya bila uisa meningkat saya beranikan diri simpan duit sendiri dan saya beritahu Eddy saya akan uruskan makan minum, susu anak dan sebagainya, saya tak mahu beri
duit padanya lagi, kerana saya kira duit gaji saya yang disimpannya
selama 5 tahun sudah cukup untuk membayar duit muka rumah yang dirancang
untuk dibeli itu.

``Perubahan sikap saya tentulah menjadi kemarahannya, dia merajuk tak balik rumah beberapa hari hinggakan saya terpaksa naik teksi dan bas ke tempat kerja. Akhirnya dengan bantuan
kawan-kawan saya menumpang mereka dan selesai satu masalah. Mulai bulan
itu juga saya kirimkan duit untuk emak setiap bulan. Dan saya masih ada
simpanan lagi. Amuk Eddy tak pernah surut, selagi saya tak menyerahkan
duit gaji saya padanya.

``Namun saya sudah nekad tidak akan berganjak dari keputusan yang dibuat. Eddy mengugut, katanya isteri yang engkar pada suami tak cium bau syurga, tapi saya lebih yakin bahawa
syurga di bawah tapak kaki ibu.

``Saya cuba jelaskan kepadanya, kalau saya berbakti kepada emak saya dan bagi emak saya duit pun cuma beberapa tahun ini sahaja, paling lama 10 atau 15 tahun, lepas itu entah
ibu bapa saya ada lagi atau tidak. Sebab mereka dah tua. Tetapi saya
akan terus berbakti atau menjadi kuli kepada suami saya hingga ke akhir
hayat, kalau tidak kena cerai mungkin 30 atau 40 tahun lagi, jadi
mengapa marah kalau saya ingin berbakti dan memberi sedikit duit kepada
ibu bapa saya. Tak lama!

``Lagi pun saya fikir bila lagi saya dapat membalas jasa ibu bapa saya yang selama ini membanting tulang membesarkan saya, suami mengambil saya sebagai isteri setelah saya
dewasa, berkerja dan memberi hasil kepadanya, dia tidak bersusah payah
menjaga saya, sebaliknya saya yang selama ini membantunya. Kalau saya
sakit pun belum tentu dia boleh menjaga saya dengan baik seperti ibu
menjaga saya dulu.

``Lebih penting, saya pun tak tahu jodoh dan kasih sayang saya dengannya, mungkin panjang mungkin tidak, mungkin dia kahwin lagi, atau mungkin saya dimadukan siapa tahu? Tapi kasih ibu
kepada anak tak pernah padam. Saya katakan juga kalau saya tak pernah
bertanya berapa banyak duit yang diberikan kepada emaknya setiap bulan
mengapa hak saya dipertikaikan?

``Lebih memberatkan hati saya untuk menguruskan duit gaji sendiri setelah hubungan saya dengan ibu bapa dan adik-beradik saya cuba dibataskan, sebagai contoh, nak balik
kampung di sekat, kenduri kahwin saudara mara kalau balik pun cuma saya
sendiri, sedangkan dia tak suka berhubung rapat dengan keluarga saya.

``Kalau balik kampung saya semasa Hari Raya pun selepas tiga raya, tidur semalam esok balik tak sempat jumpa adik-beradiksaya, sebab mereka sudah balik ke rumah masing-masing, nak pergi ke rumah mereka, Eddy tak
mahu. Belum pernah saya balik kampung pada raya pertama, sebab Eddy tak
suka bergaul dengan ipar duai atau biras saya, lebih penting dia tak
mahu keluar duit. Ialah takkan balik tangan kosong tak mahu beli daging
sekilo ke, bagi duit raya pada anak-anak saudara ke, atau kepada ibu
bapa saya!

``Sebab itulah saya bertindak menguruskan duit sendiri sebab saya tak nampak perubahan Eddy kepada kebaikan. Lebih menyakitkan hati saya bila di tanya berapa jumlah simpanan sekarang dah cukup ke
untuk bayar duit muka rumah, jawapannya adalah sikit, tak banyak. Dia
tak pernah beritahu saya jumlah sebenar, mengapa mesti sembunyikan
jumlahnya daripada pengetahuan saya, bukankah kita berkongsi
menyimpannya, jadi saya pun berhak tahu. Setiap kali bertanya ia akan
mencetuskan pertengkaran, mula-mula dulu memang saya takut bertanya,
tapi lama kelamaan saya dapati ketakutan saya itu menjadi senjata
kepadanya supaya saya tak berani bertanya pada dia lagi.

``Betul kata Eddy bukan tanggungjawab saya beri duit pada ibu dan bantu persekolahan adik-adik. Tetapi apa tanggungjawab saya sebagai anak
kepada ibu bapa yang susah, tergamakkan saya melihat adik-adik
terkial-kial nak bersekolah?

``Saya bukan buta hati dan buta perut, sebagai anak saya rasa itu satu dari tanggungjawab saya. Inilah sahaja bakti saya kepada ibu bapa saya sebelum mereka meninggal dunia.
Saya mahu mereka senang hati, emosi dan fizikal di hujung-hujung usia
mereka.

``Malangnya niat baik saya ini telah membawa masalah besar dalam kehidupan saya, kalau dahulu Eddy nampak gembira setiap kali balik ke rumah, tetapi sejak saya uruskan duit sendiri, dia tidak mahu
lagi melayan saya dan anak-anak dengan baik, ada-ada sahaja yang salah
terhadap diri saya. Saya faham semuanya kerana saya tidak serahkan duit
gaji saya padanya setiap bulan.

``Bagaimana pun jika saya kembali seperti dulu menyerahkan gaji saya kepadanya, hati dan jiwa saya pula tidak tenteram, saya boleh berkorban, tapi sampai bila, sedangkan baru
dua setengah tahun saya menguruskan duit sendiri, saya sudah boleh
menyimpan hampir RM4,000 dan saya rasa Eddy sudah pasti menyimpan lebih
banyak lagi kerana dia begitu berkira dalam berbelanja, baik soal rumah
mahupun makan minum kami.

``Boleh dikatakan setahun sekali kami pergi berkelah ke Port Dickson pun susah, kalau pergi pun kami bawa bekalan makanan dan minuman, tak pernah makan di restoran. Kalau keluar
belanja pun cuma duit minyak dan tol. Tapi saya tak kisah asalkan
anak-anak gembira. Kebiasaannya kami cuma berhibur dan makan angin ke
Taman Titiwangsa atau ke sungai-sungai perkelahan di pinggir kota. Tentu
Eddy banyak simpan duit!

``Walau pun hubungan kami agak kurang mesra, tetapi hati saya tenang, saya rasa tak salah simpan duit sendiri. Benar saya mesti bersyukur kerana Eddy benarkan saya bekerja, tetapi
kalau tidak bekerja, mampukah Eddy sendirian? Beli rumah dan kereta?
Belum tentu lagi! Sepatutnya Eddy bersyukur sebab saya membantunya, tapi
Eddy kedekut dengan keluarga saya kerana dia mahu simpan duit dan mahu
cepat kaya. Eddy janganlah kedekut sangat!"

Demikian luahan rasa Shana terhadap suaminya, katanya dengan mencurahkan isi hatinya, walaupun Eddy tidak membaca ruangan ini, tetapi jiwanya tenang. Malah
ketika kami berbual di telefon Shana memberitahu hatinya terasa lega
sekali, bebas dari bebanan besar yang terpaksa dipikulnya selama ini.

Kata orang tua-tua berjimat cermat dan beringat tentang masa depan
kita boleh senang, tetapi kita akan menjadi lebih senang, mewah dan
mendapat keberkatan Allah jika kita banyakkan bersedekah, menghulurkan
bantuan kepada mereka yang memerlukan, bermula dalam keluarga sendiri,
ibu bapa, adik-beradik juga saudara mara yang susah. Hidup kita juga
akan mendapat keberkatanNya di dunia dan di akhirat.

UBAT PENYAKIT TAKBUR

Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

ghazali

Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang
telah dewasa.

Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi
kita belum mengetahuinya.

Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan
tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun
hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

m-sombong_musuh_allah

Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk
Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat
islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan
Allah yang bakal tiba kelak.

..Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?

Dari itu segeralah kita kembali kepadaNYA semoga amalan kebaikan kita didunia ini akan dibalas kegembiraan diakhirat kelak. Renung-renungkanlah wahai sahabatku.

Gambar Panas Nabil dan Farah Alya Bersosial

Naniey Printing Artwork (JM0582356-D)

Menyediakan Perkhidmatan Printing Services Banner,Bunting,Business Card,T-shirt,mug,Button Badge,id tag,flyers,Pamplet souvenier pelbagai perkhidmatan disediakan.

Printing Online..Mudah Online

Sebut Harga :printing.artwork@gmail.com
Sila Hubungi No: 019-7247573 (Naniey)

LIKE PAGE
http://www.facebook.com/pages/Naniey-Printing-Artwork/228475630564960

KATALOG N PRICE
http://cetaktshirtsmurah2u.blogspot.com
http://cetakkadkahwin2u.blogspot.com

Al - Fatihah buat Din Beramboi..

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.


Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu,
malam ini.

ADAKAH GENERASI BEGINI YANG KITA INGINKAN.......??????

Gempar kelakuan budak 4 tahun

Gambar yang disiarkan di laman web Detiksurabaya.com menunjukkan Sandy menghisap rokok.

JAKARTA - Rakyat Indonesia digemparkan dengan satu klip video di laman web YouTube yang menunjukkan seorang budak kecil merokok sambil bercakap lucah, lapor beberapa buah akhbar semalamVideo selama tiga minit yang
dipercayai dirakamkan di kediaman kanak-kanak itu di Jl Nusakambangan
No 19 C, Malang, Jawa Timur, dimuat naik pada Ahad lepas dan ditonton
sebanyak 1,200 kali sebelum ditarik balik tiga hari kemudian kerana
melanggar syarat penggunaan YouTube.

Laman itu menunjukkan seorang budak lelaki berusia sekitar empat tahun dikenali sebagai Sandy W, menghisap sebatang rokok dan menghembus asap berbentuk
cincin sambil menjawab soalan daripada beberapa orang dewasa.

Sandy berkata, dia mahu menjadi seorang pencuri apabila dewasa dan wang yang diperoleh akan digunakan untuk melanggan pelacur di Dolly, sebuah rumah
pelacuran popular di Surabaya.

Bapanya, Mulud, 50, menyatakan Sandy mula merokok sejak berusia satu setengah tahun dan budak itu tidak mengendahkan laranganya supaya berhenti merokok.

Sementara itu, kumpulan aktivis hak kanak-kanak mahu polis melakukan siasatan supaya mereka yang bertanggungjawab mengajar perilaku negatif kepada
budak itu dihadapkan ke muka pengadilan. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Ketika manusia dilahirkan ke dunia, jiwanya dalam keadaan fitrah. Fitrah manusia adalah kenal kepada Tuhan, mematuhi perintah-Nya,
cenderung kepada kebaikan dan tidak suka kejahatan.

Firman Allah yang bermaksud: “Maka hadapkan wajahmu dengan lurus kepada Agama (Allah), tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu.” (Al-Ruum: 30)

Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa kelahiran manusia ke dunia adalah dalam keadaan fitrah. Sabda
baginda yang bermaksud: “Setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikan Yahudi atau
Nasrani atau Majusi.”

Di samping ibubapa, suasana yang mempengaruhi ibubapa, seperti jiran, tempat belajar, sistem pembelajaran, siaran radio-tv, bahkan kerajaan yang memerintah pun
terlibat. (2MA)

Versi Bahasa Melayu.....Rokok Sel Darah Babi.....




KESIHATAN

Rokok bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.

KL April1,10 - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel
darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung
rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah
didapati mengandungi darah babi.

Di Israel, merokok adalah di haramkan dan dilarang keras. Apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh
anda keluar dari rumah mereka atau merokok diluar.

Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan penyelidikan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada
genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat
otak atau lembab.

KOMANDO WANITA KUWAIT

Graduation ceremony of the 36 Saad Al-Sabah Academy for Security Sciences



كويتيات يكافحــن الإرهـاب

Dato’ Siti Nurhaliza Menang Bintang Paling Popular ABP 2009

Hadir bersama suami tersayang, penyanyi nombor satu ini tampil hebat dengan rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini.

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza atas kemenangan untuk kategori Penyanyi Wanita Popular pada edisi ABP yang mana merupakan tahun terakhir buat diva popular ini menyertainya.

Selain itu, beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABP 2009.

Bravo!

Petikan ucapan Siti Nurhaliza di Fnpage Facebook:

“Salam. Siti ingin berkongsi kejayaan Siti malam tadi, Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Paling Popular ABPBH bersama anda semua yg tlh dan tanpa jemu menyokong Siti selama 15 thn ini. Siti
pasti undian andalah yg memungkinkan Siti meraih anugerah2 tersebut dan
terima kasih yg tak terhingga. Pengorbanan dan sokongan anda amat Siti
hargai. Sayaaaaaaaannnnnnngggggggg anda semua!

Siti amat terharu dan gembira kerana Sitizoners, peminat2 Siti dan anda yg menonton ABPBH di kaca tv di mana saja anda berada menyaksikan kejayaan tersebut bersama2. Siti sempat bertemu peminat di Genting
Highlands semalam dan kpd yg tdk datang ke sana, Siti juga amat
menghargai setiap usaha anda. Andalah perkara plg hebat dalam hidup dan
karier Siti-PEMINAT TERSAYANG!”