Jumaat, 15 Julai 2022

Graduation UTM 31 mei 2022

 Untuk tatapan anak cucu cicit,

Assalamualaikum. Mak kamu baru lepas graduasi pada 31 mei 2022. tiada yang lebih bernilai daripada wang ringgit selain ilmu. Dulu nenek kamu tidak dapat hantar mak ke kolej sebabkan nenek kamu janda pada usia muda sudah nasib badan dan takdirnya sudah tertulis. sekurang-kurangnya naseb mak kamu lebih baik dan berdoalah kepada Allah S.W.T Supaya hati kita dijaga olehnya dan membuat keputusan yang benar dan berfikir masa hadapan. Hayat ini tiada apa lagi yang tinggal untuk teruskan hidup perlukan qualification. SPM hanya titik permulaan tapi untuk dapat tangga gaji yang lebih baik memerlukan sijil . untuk kenaikan pangkat memerlukan sijil. Ye bukan sijil segalanya memang rezeki adalah allah taala yang menentukan. Akan tetapi , cuba lah kita cari kerja dan pergi temuduga salah satu nya sijil yang di tanyanya. Dunia ini tidak pernah adil guyS! siapa lambat tak dapat tempat begitu juga dengan jawatan bangsawan dan kayangan malaysia. Sudah bapa mendapat tempat anak pula inginkan tempat. budaya kita sudah berubah tidak akan sama hayat 20 tahun dulu. kita terpaksa berpindah-pindah dibumi allah yang luas ini untuk perbaiki hidup lebih baik.  tiada lagi ungkapan " hujan emas dinegara orang hujan batu dinegara sendiri" lebih baik dinegara sendiri. kalau begitulah berfikiran masyarakat kita. tidak majulah kita dan terus hidup dalam kesusahan. Ekonomi terus akan menaik. tidak akan pernah menunggu dan tidak juga membantu kau! kau saja dapat membantu diri kau bagaimana hendak teruskan hidup dalam ekonomi yang mencabar dan hidup dalam negara moden. Kita yang tentukan hidup kita


Akhirnya, Mak kau telah menamatkan pembelajaran Di UTMspace. Diploma profesional business management dan operation strategy. Jadilah...Hahahha. Setelah mendapat KWSP bunga Citra lestari. KWSP citra dan KWSP lestari. bunga tidak dapat lagi. Hasil kerja kilang masa lalu di usia muda  .Dulu kerja dulu, sekarang baru dapat belajar pada usia 34 tahun. 



Inilah gambar bersama profesor mak kau sijil tak dapat macam goreng pisang panas! katanya" sekarang  goreng pisang lemau. Ini gambar mak kau bersama kak atikah kau dapat graduate pada usia 38 tahun . jawatan dia procurement. macam yang kita tahu pengalaman dari bawah semasa berkerja pengalaman sangat berharga untuk menaiki satu anak tangga. tapi tanpa sijil gaji tidak naik..hahhahaha...banyak je kat kilang ada SPM naik sebagai jawatan executive. yang tunjukkan performance yang kipas lipas pun ada. yang bangsa takde bangsa pun ada.Ini gambar  belajar di tempat yang sama UTMSPACE .




Bersama rakan seperjuangan mak kau!
Aku tiada masa nak cek siapa hantar si diorang ni.
yang aku tahu si gila kuasa yang ada masa depan dengan aku...
apa yang aku membebel pasal dia ni....!!!!


Alhamdulilah , impian nenek kau menjadi kenyataan. nenek kau boleh baca fikiran mak kau. dia cakap benda yang sama dulu usia muda nenek kau tak dapat tengok mak kau masuk university masa usia muda .tua baru dapat. nenek kau cakap dengan masuk university dapatlah kerja baik sikit . dapat juga lah pada usia yang meningkat ni. "tanpa keinginan dan kerajinan usaha tidak bermakna". hernani prime 100years😅



Ajal , Maut, Jodoh ditangan tuhan SWT.
 Alhamdulilah berkat kesabaran dan tawakal . Hidup bersama lelaki yang sama. banyak dugaan dan rintangan yang mak kau hadapi mak kau dapat mengatasinya. Hidup bukan setakat kaya raya ,cari duit macam nak gila tapi tak bahagia. Duit yang cukup sudah memadai untuk hayat ini. Gembira dan Bahagia. Carilah bahagia kerana bahagia milik semua. 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan