Jumaat, 15 Julai 2011

Muntah- Muntah dari awal hingga sekarang

Setiap pagi, kalau gosok gigi walaupun dihujung lidah tetap akan muntah rasa tekak perit dan pahit sehingga tiada apa yang ingin dimuntahkan selain lendir putih kekuningan memang rasa tak berdaya. Setiap hari 2 atau lebih 5 kali akan muntah-muntah. lebih teruk lagi bila lepas makan saja saya akan muntahkan semula.Bila muntah badan memang rasa lemah tidak dapat menjalankan tugas, mabuk-mabuk rasa pening kepala yang teramat sangat. Sudahlah tu, mengantuk pula matanya dapatlah berlari kesurau untuk tido sebentar juga ketika masa rehat.

Tak boleh nak makan lagikan nak buat kerja memang takde mood mengadap kerja didepan PC.
x der masa lagilah.Sakit...sakit...sakit...Sakit buatan lelaki begini rasanya. Ya allah, sesungguhnya penyakit ini sebahagian daripada iman!!!. Pelbagai cara telah dibuat pergi ke Klinik ada dalam 10 kali kot berbagai ubat Veloxin,iron ape ntah,ubat coklat.erm...semuanya tak jalan2. still sama. Kena tahan je lah..

Dekat sinki pun penuh.selain itu, plastik bunga2 kedai jadi mangsa ku untuk mengeluarkan sisa makanan sebentar tadi ku makan. Sehinggalah boss aku kata u x sehat ini. U transfer Office lah dapat rehat sikitlah tak banyak kerja. Aku taknak,tapi balik jugak lah ke HQ yang bosan ini sampai aku terlalu rajin sangat nak buat blog ini dan melihat info2 risiko semasa dalam kandungan memperluaskan minda ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan