Rabu, 20 Julai 2011

Perut Stretch mark

Awal kehamilan masih belum ada lagi Stretch mark di dalam perut dalam tempoh hamil 6 bulan mula kelihatan berwarna merah stretch mark yang menjalur keatas ukurannya dalam 4-6 cm disebelah kiri dan kanan perut ku mempunya 3 jalur kiri/kanan.

masa perut menegang lagi telah ku amalkan memakai minyak zaitun keatas perutku tetapi masih kelihatan tetapi skunk ni mulai timbol cuba cara lain mengunakan losyen tetapi tidak berkesan juga. Waktu perut menegang jangan cuba garu efeknya lebih teruk lagi tetapi perut ku ini tidak merasa gatal.

Pergi cari krim strectmark kt lua cuma mencegah semasa mengandung kesan still ada kata owg kedai jamu tetapi selepas bersalin ada cara mengurangkannya disebab krim ini memecahkan lemak dan panas jadi tidak sesuai ketika hamil.

Kesan ini boleh dikurangkan atau dielakkan dengan
• Gunakan losyen atau krim stretch mark lebih dari sekali sehari di bahagian yang mungkin akan terjadi jalur ini. Mula dari awal mengandung
• Jangan garu di kawasan yang mungkin mengalami jalur ini. Menggaru akan menarik dan menegangkan bahagian luar dan pertengahan lapisan kulit dan menyebabkan lebih teruk masalah. Boleh buat urutan, ini juga bagus untuk mengelak menggaru. Ia memperbaiki peredaran darah dan menggalakkan pertumbuhan sel baru iaitu penting untuk mengelak kesan jalur ini.
• Jaga berat badan, jangan naik melebihi berat ideal anda. Dan pastikan berat naik dengan perlahan mengikut progress hamil.

Jika anda telah mengalaminya, terdapat rawatan tertentu yang boleh dibuat selepas bersalin. Boleh sapu krim tertentu atau jika kesan teruk mungkin boleh jalani rawatan yang lebih teratur.

Kebanyakan krim di pasaran mengandungi cocoa butter dan vitamin A dan E. Cocoa butter membantu melembabkan kulit dan mengekalkan kelembapan. Ini memperbaiki keseluruhan elastik kulit yang membantu mengelak jalur ini

Vitamin E adalah antioksida yang penting untuk memelihara dan melindungi kulit anda. Vitamin A, juga dikenali sebagai retinol, adalah antioksidan yang penting untuk kesihatan. Glucocorticoids, sekumpulan hormon boleh mengurangkan keberkesanan Vitamin A, jadi penting penambahannya dalam krim

Shea butter juga kini merupakan bahan yang digunakan sebagai krim ini, membantu memperbaharui dan peredaran serta perlindungan semula jadi dari ultraviolet. Satu lagi adalah Alpha-hydroxy acids (AHAs. Ia didapati daripada . Ia membantu memperbaharui kulit, dan mungkin anda akan terasa kering sedikit dan berlapis apabila mula menggunakannya kerana ia membuang kulit mati dari kulit anda.

Sapuan krim ini bukan sahaja membantu mengelak stretch mark ini malah bagus untuk peredaran pada lapisan kulit. Urutan ketika sapuan akan mengalakkan peredaran di kawasan di urut. Jika dilakukan setiap hari kesannya akan dapat dilihat.

Namun ada juga krim yang tidak dapat membuang stretch mark yang sedia ada kerana, ia hanya menumpukan keberksesanannya pada lapisan luar (epidemis) sahaja. Kebanyakan kerosakan adalah disebabkan kombinasi lapisan luar (epidemis) dan pertengahan (dermis) kulit anda.

Lepas bersalin boleh cari krim dolla cantik..maybe berkesan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan