Selasa, 11 Mac 2014

Ke mana ghaibnya pesawat Adam Air? Ringkasan Laporan Rasmi Skylab

Sumber-Sumber MH370

  
boutiqueairliner1.jpg  doc1.jpg doc2.jpgdoc3.jpg
 1. Surat awal : pemberitahuan maklumat untuk ikut serta membantu. 
2. Cover letter – Laporan Hasil Operasi Pencarian Adam Air oleh Team SkyLab
3. Halaman akhir laporan SkyLab
Laporan Ringkas Operasi Pencarian Adam Air oleh SkyLab
2 Januari 2007
Sheikh Ashaari Muhammad tersentuh hatinya bila menonton liputan pemberitaan di TV Malaysia mengenai kehilangan misteri pesawat Adam Air K574, pada hari sebelumnya.
Pesawat membawa 102 penumpang termasuk krew [awak pesawat] sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Menado. Beliau ikut merasa kesedihan yang mendalam sebagaimana yang dirasakan para keluarga mangsa/korban.
7 Januari 2007
Setelah memasuki hari ke enam pencarian yang dilakukan team pencarian tidak berhasil, beliau mengirim dua Tabib dari Team SkyLab untuk membantu pemerintah Indonesia.
7 Januari 2007
Setibanya di Jakarta atas inisiatif sendiri serta atas dasar tugas kemanusiaan, Team SkyLab mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak dalam upaya mensosialisasikan rencana operasi pencarian team itu.
8 Januari 2007
Team SkyLab melakukan konsolidasi internal, untuk memastikan posisi jatuhnya pesawat Adam Air dengan melakukan scan secara rohani, dengan menggunakan peta Sulawesi Selatan
Signal/ Isyarat rohani yang diperolehi menyatakan jatuhnya pesawat adalah di kawasan hutan yang terletak dekat dengan pertemuan dua sungai iaitu Sungai Lariang dan Sungai Toboro, di antara Gunung Kambuno dan Gunung Baliase.
confluence-rivers.jpg
Foto Hiasan : Empat foto ‘river-confluence’ atau pertemuan antara 2 sungai – lihat perbezaan warna di medan pertemuan itu. Subhanallah !
Ar Rahman 19-21 :  He has let free the two bodies of flowing water, meeting together. Between them is a Barrier which they do not transgress. Then which of the favours of your Lord will ye deny?
Dari scan, dapat dirasakan bahawa ada sebahagian penumpang yang masih hidup!
9 Januari 2007
Team SkyLab yang didampingi/diiringi Bpk Putrajaya dan Bpk Chandra Tirtawijaya, berangkat dari Jakarta ke Makassar dgn pesawat Lion Air. Menaiki Kijang Innova menuju Masamba, Kabupaten Luwu Utara.
10 Januari 2007
Sampai di Masamba. Menginap di Hotel Remaja Indah, yg sudah disiapkan Bupati Lutra. Beliau sangat mendukung usaha dan inisiatif Team SkyLab dalam tugas kemanusiaan ini.
11 January 2007
Mengadakan pertemuan dengan pihak2 berkenaan. Rencana untuk menaiki Helikopter SAR ke kawasan Pergunungan Kambuno terpaksa dibatalkan kerana Ketua Team SAR Pencarian Adam Air /dan Lanud Makassar telah memutuskan pagi itu bahawa semua pencarian di darat dihentikan dan mengarahkan semua pencarian di laut, disebabkan adanya penemuan potongan ekor Adam Air oleh seorang nelayan di perairan Pantai Baru, dekat Pare-Pare.
Malam : Team SkyLab diberi sokongan moral, didatangi beberapa tokoh masyarakat Masamba dan Lutra, supaya meneruskan pencarian sebagaimana yang direncanakan walau tanpa bantuan team SAR. Mereka rela menjadi tenaga sukarelawan untuk menyisir lokasi yang diduga. Mereka sedia membantu apa sahaja logistik kecuali satu sahaja….kata mereka..
“ Asal jangan minta pesawat saja, kita tidak punya.”
12 Januari 2007
Acara pelepasan dari halaman Posko SkyLab di Hotel Remaja, Masamba. Dipimpin oleh Bpk Ahmad ST. Dimulai oleh laungan azan Tabib Hassan Mohd Zin, serta bacaan doa selamat oleh Tabib Abdul Rahim Manap. Team lapangan dibekalkan air yang sudah didoakan oleh Abuya Ashaari Muhammad, untuk disiramkan pada tanah di sekitar titik kordinat yang diduga.
13 January 2007
Helikoper untuk kegunaan team SkyLab didapatkan dari Ketua Operasi Team Pencarian SAR, Marsama Eddy Suyanto.
14 Januari 2007
Team SkyLab [lima orang]  didampingi Kabag Umum Lutra, dan 2 orang personel dari Paskhas AURI terbang dengan pesawat Nomad yg dipandu Pilot Kapten Garing Sapta, ke atas lokasi hutan Kambuno yang diduga tempat jatuhnya Adam Air.
Sampai sahaja ke titik kordinat yang diduga, Team SkyLab menyiramkan air yang sudah didoakan Abuya Ashaari Muhammad dari udara.
Tiba2 berlaku keajaiban di mana awan tebal yang menutupi kawasan hutan tersebut membuka, seolah2 memberi laluan kepada pesawat kami untuk masuk ke situ.
Kapten menebangkan pesawat agak rendah mengitari kawasan itu…..Semasa team SkyLab menyiramkan air doa sekali lagi ke udara, segerombolan awan hitam tiba2 dilihat mengejar pesawat dari belakang dan menutup lokasi. Pesawat seolah2 digoncang dan ditarik kebawah mengikut graviti. Namun, Pilot dapat mengatasi masalah dengan baik.
Selepas itu, hampir semua team SkyLab tiba2 sahaja diserang rasa mengantuk. Dua orang Tabib Malaysia mengakui bahawa kawasan Kambuno itu jauh lebih berat dan hutannya lebih rapat/tebal dari hutan di Bario.
Kapten Garing mengakui bahwa itu adalah satu pengalaman baru baginya.
Sebelum  dia membawa team SkyLab, sewaktu dalam team SAR, dan sedang terbang di kawasan hutan Selatan Palu, dia ada fihrasat untuk masuk ke kawasan Kambuno, tetapi setiap kali mahu masuk, sering sahaja tertutup awan gelap, sehingga dia tidak berani masuk. Tetapi tadinya dia melihat sendiri bahawa awan hitam itu membuka, seolah memberi laluan masuk…awan hitam gelap yang mengejar dari belakang itu pula, seolah2 marah dan mengusir mereka.
Ketika kejadian ini dirujuk pada Abuya Ashaari Muhammad, memang benarlah menurutnya awan2 hitam itu adalah jin.
black-clouds.jpg
Malam itu, para  tabib SkyLab membuat operasi2  rohani ..bermula jam 3.00 pagi hingga ke Subuh dengan usaha2 taqwa di kamar mereka di hotel.
Alhamdulillah, jin penguasa kawasan hutan Kambuno sudah mahu diajak berdialog, walau dia belum mahu lagi memperkenalkan namanya.
Dia memberikan syarat untuk membuka penutup rohani kawasan itu, haruslah dibuat kenduri di 4 [empat] pesantren dan 4 [empat] kampung berbeda di Masamba. Info ini terus disampaikan keesokan paginya kepada Pemuda Lutra.
Setiap hari selama berlangsungnya operasi, mulai 3 – 3.30 pagi, team SkyLab mengadakan amalan rutin qiamullail seperti solat tahajud, taubat, hajat, witir, zikir dan merintih pada Tuhan. Lepas solat Subuh dilanjutkan dengan Tahlil Aurad Muhamadiah
15 Januari – 18 Januari 2007
Team SkyLab telah melakukan tujuh kali penerbangan dengan helikopter atas lokasi yang diduga, 1 jam pagi dan satu jam siang.
hole-punch-clouds.jpg
Terbang kali pertama – pagi. Lokasi masih tertutup awan tebal, hingga tidak dapat terbang lebih rendah. Bila air doa disiramkan, kali ini yang mengejar pesawat adalah awan tebal seperti dulu tetapi warnanya putih. Awan terus mengejar dan berhenti mengejar hingga helikopter keluar dari kawasan koordinat tersebut.
Team SkyLab diberi rasa hati, bahawa, kejadian itu berlaku kerana mereka belum lagi memenuhi syarat yang diminta Jin Penguasa kawasan tersebut iaitu mengadakan kenduri. Maka rencana diatur untuk mengadakan kenduri selepas Zuhur nanti.
Terbang kali kedua – siang, selepas Zuhur.Awan sudah tidak menutup titik koordinat tersebut. Suasana betul2 clear. Helikopter dapat terbang lebih rendah menyisir kawasan tersebut. Namun lokasi pertemuan dua sungai besar itu belum ditemui…kerana kawasan yang sangat luas, hutannya pula sangat rapat2 dan tebal. Pada masa yg sama, dua orang Tabib yang tidak ke lokasi tetapi di hotel, iaitu tabib M.Huda merasakan bahawa punggungnya merasa seperti diseterika sahaja! Manakala Tabib Hassan seolah2 diserang ‘seseorang’ yg ghaib. Staf dokumentasi pula, PCnya tiba2 ‘hang’. Alhamdulillah gangguan2 itu tidak lama.
Terbang kali ketiga – pagi Selepas air doa disiram di udara, Jin Penguasa hutan Kambuno kawasan tesebut menampakkan dirinya kepada Tabib Hassan. Namanya Mulong-Mulong, wakilnya pula Mulangkap. Jin2 itu sangat besar, jika Pesawat Boeing lalu didepannya, dia boleh menangkapnya dengan sebelah tangan sahaja. Kata mereka..
“ Kami sudah buka tutupnya, kamu carilah sendiri. Nanti kalau sudah dapat, kamu potonglah seekor kambing untuk masyarakat Masamba.”
Lalu mereka pun menghilang. Selepas itu cuaca sangat cerah sekali.
Terbang kali keempat hingga ke tujuh.Pertemuan dua buah sungai itu masih belum ditemukan.  Mulong2 pula masih berdiam diri, tidak mahu menunjukkan lokasi sebenar.
18 Januari 2007
Team SAR mengarahkan pencarian di darat diberhentikan…Namun team SkyLab dikeranakan kedatangan mereka adalah untuk mencari redha Allah, untuk membantu antara satu sama lain, tetap akan meneruskan operasi pencarian sampai sebatas yang mereka mampu, bersama2 orang2 yang Tuhan bukakan hatinya untuk membantu kerja2 kemanusiaan ini. Mereka menganggap bahawa penarikan fasiliti dari SAR sebagai ujian awal terhadap kesabaran dan keikhlasan hati mereka.
Maka selepas Isyak malam tersebut team SkyLab intropeksi diri, mengapakah bantuan Allah belum tiba. Mereka menyenaraikan dosa2 mereka termasuk dosa2 batin yang mungkin menjadi hijab bantuan Allah…seperti kepentingan diri, kepentingan dunia, ego dsb.
tasbih-wirid1.jpg
Tuhan tidak akan membantu orang yang berdosa, jika dibantu juga itu atas dasar istidraj. Istidraj akan disertai rasa sombong, hebat diri, susah bersyukur dan tidak melahirkan rasa kehambaan di sisi Tuhan. Bila diberi atas rahmat tuhan, ia selamat dan menyelamatkan [ tidak rasa diri hebat, mudah untuk dapat rasa hamba]
19 Januari 2007
Pemuda Lutra datang ke hotel SkyLab menginap, mohon supaya pencarian diteruskan. Di laut, badan pesawat masih juga belum dijumpai, maka kemungkinan badan pesawat di darat atau laut masih fifty-fifty.
deadprawns.jpg
23 Januari 2007
Hasil diskusi dan negotiation Tabib Hassan dengan Mulong-Mulong, yang mengutus wakilnya Mulangkap, jin memberitahu bahawa tanda untuk sampai ke lokasi jatuhnya pesawat adalah adanya udang yang mati secara banyak/massal di sungai kawasan itu.
Hasil siasatan dengan masyarakat setempat keterangan fenomena udang mati secara massal berlaku di sungai Lariang. Pengakuan masyarakat setempat [ Pak Joni dan Pak Tiris] yg tinggal di desa Onondowa, baru pertama kali mereka menyaksikan kejadian aneh seperti itu. Tabib Hassan menyiram air doa ke kawasan itu, dan dia mendapat keyakinan yang kuat itulah tempat yang dimaksudkan Mulangkap.
26 Januari 2007
Team sukarelawan masyarakat setempat dengan bantuan logistik Pemda Lutra dan Kabag Umum, berangkat menyisir ke lokasi titik kordinat yg diduga, perjalanan mengikut hutan diperkirakan mengambil masa 5 hari pergi, 5 hari pulang.
29 Januari 2007
Atas ihsan perintis DAS [ Pak Eko] team SkyLab terbang dengan Pesawat Das, ke lokasi diduga sambil pulang ke Masamba.
Cuaca cukup baik, tiada awan. Dari udara jelas daerah pertemuan Sungai Lariang dan sungai Tobaru.Juga kelihatan adanya tebing gunung yang longsor dan masih baru serta tanah pasirnya memenuhi permukaan sungai Lariang. [Seperti  terlihat dalam VCD terlampir] .
Mungkinkah badan pesawat berada di bawah timbunan pasir Sungai Lariang?
Dari fakta informasi masyarakat setempat, berikut ditemukan :
1. Ibu Rubok &  Bapak Paulus Sigi [ Warga Onondowa], Ibu Wemy [ Warga Bangko] ketiga mereka mendengar ada bunyi pesawat terbang rendah di kawasan yg diduga pada 1 Januari 2007.
2. Bpk Kirwan [Warga Masamba] melihat pesawat terbang rendah ke arah Rampi pada 1 Januari 2007.
3. Patengkek [warga Bangko] melihat ada pesawat warna putih-merah, terbang rendah di sekitar lokasi, sampai dia menyebut “ Dimanakah jatuhnya itu pesawat.”   Oleh kerana terlalu rendahnya.4. Banyak lagi warga yang mengakui diberi isyarat rasa hati, mimpi, bahawa pesawat itu jatuh di kawasan Rampi [ Hutan Kambuno] eg bapak Adam Surya, Budi, Heru dll..
intelligence.jpg


Like Page MH370 harus dijumpai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan