Khamis, 13 Mac 2014

Raja Bomoh jadi bahan lawak

Ramai beranggapan perbuatan Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dirinya sebagai Raja Bomoh dalam membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 adalah amat melucukan.

Selain dianggap memalukan negara, perbuatan Raja Bomoh itu mula diajuk orang ramai.

Ibrahim mendakwa dalam tilikannya, pesawat MH370 yang hilang tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.

Parodi twitter Raja Bomoh itu juga telah diwujudkan.

Malah, portal antarabangsa Huffington Post turut mengulas mengenai tindakannya yang mencuri tumpuan ditengah-tengah usaha mencari pesawat yang hilang.

Nampaknya Raja Bomoh sudah jadi Raja Lawak.

ZAm...Ala..kazam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan