Ahad, 30 Januari 2011

Nora, Jejai bersatu demi Rayqal





"TERLERAINYA ikatan perkahwinan Rizal Ashram Ramli dan selebriti Nora Danish sejak 2008, tidak pernah memutuskan tali silaturrahim dengan keluarga bekas suaminya.
Hubungan sebagai bekas menantu dan ibu kepada cucu sulung dalam keluarga itu adalah hakikat.
Satu-satunya zuriat hasil jodoh singkat antara Nora dan Jejai,
Putera Rayqal Ramli Rizallah menjadi penyambung hubungan antara Nora dengan bekas mertuanya iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib serta isteri, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Pelakon kecil molek itu mengakui, perkara itu bukan satu kejanggalan kerana sejak dari lahir, Rayqal ditatang bagai minyak yang penuh oleh keluarga mertuanya. Sebab itu juga, ajakan percutian bekas keluarga mertuanya ke Tokyo dan Niseko, Jepun pada 30 Disember 2010 hingga 19 Januari lalu disambut dengan besar hati.
“Percutian itu sudah lama dirancangkan, sejak Mei 2010 lagi. Lagipun, sudah menjadi agenda keluarga mertua untuk bercuti bersama keluarga setiap tahun. Hanya tahun ini saya dan Rayqal ikut serta."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan