Ahad, 30 Januari 2011

Soul 3 semangat 1Malaysia


"MESKIPUN sudah melahirkan tiga buah album, kumpulan Soul 3 yang berkonsepkan 1Malaysia hasil gabungan tiga anak muda Melayu, Cina dan India masih belum cukup dikenali ramai dalam dunia seni suara.
Sungguhpun begitu, trio yang diwakili oleh K. Ganesh, Terry Siau dan Helmi Fazli Md. Halim itu masih gigih berusaha.

Mereka tidak pernah kenal erti jemu untuk terus bertahan dalam industri hiburan kerana minat yang mendalam dalam bidang nyanyian.

Selaku ketua kumpulan, Ganesh tetap menyifatkan kehadiran mereka masih lagi baru dalam industri muzik dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan posisi.

'Saya akui kami memang kurang mendapat liputan daripada media dan mungkin kerana faktor itu, ia membuatkan kami kurang dikenali.

'Pada tahun ini, kami akan bergerak perlahan-lahan membuat promosi album baru kami yang bertajuk Gunung Asmara. kami akan cuba untuk menganjurkan konsert sendiri,' katanya ketika ditemui semasa sesi fotografi di Kosmo! baru-baru ini."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan