Ahad, 11 April 2010

Pontianak diatas dan dibawah pokok pisang


Salam KC,

Ni saya nak ceritakan kejadian hantu yang saya dengar di Taman Rinting,Masai.Jalan Tasek.Saya ingat-ingat lupa jalan rumah kawan saya.Tapi peristiwa itu masih saya ingat lagi dan terngiang ditelinga saya ni KC.Pada hari itu,saya bersama rakan yang lain pergi ke kedai Seven Eleven beli makanan ringan KC.Yang tinggal rumah kawan sy hanya ada seorang saja KC,yang lain semuanya pergi sama dengan saya.Dia tido diruang tamu dia dengar ada orang mengetuk pintu dibelakang rumah.Pada ketika itu jam menunjukkan Pukul 11.00 mlm KC akan tetapi kawan saya buat-buat tak mendengar walaupun pada waktu itu ketukan pintu itu semakin kuat.Di belakang rumah kawan saya itu ada hutan dan pokok pisang saja KC.Mana ada orang tengah malam-malam nak ketuk pintu bukan itu saja KC kawan saya pura-pura tido sebab rasa ketakutan sangat KC.Dia terdengar bunyi TV jugak KC. Tak ada orang bukak TV KC tapi TV itu kejap terbuka kejap tertutup KC.Hantu itu main-mainkan kawan saya KC.Kawan saya takut dan kerna terlalu ketakutan kawan saya hanya berpura-pura tido KC.
Sewaktu kepulangan kami KC,Dia menceritakan kepada saya dan rakan-rakan yang lain.Kami berlima rasa gerun KC...tapi saya tidak mempercayainya kerana perkara sebegiturupa tidak pernah berlaku pada saya KC.

Jam di dinding menunjukkan pukul 1.00 pagi KC.Saya pergi ketingkat atas,rumah kawan saya teres 2 tingkat KC.Saya masuk bilik belakang KC dan saya hantar SMS kepada kekasih saya mesejnya berbunyi begini "Walau berjauhan Walau kesunyian ku tetap menantimu hingga ke akhir hayat" ini sebuah lagu KC ungkapan ini saya bagi kepada dia. Tiba-tiba KC saya dengar pontianak mengilai (ahhhh heheehei heiii) dan bunyi itu jauh tapi orang kata jika bunyinya jauh sebenarnya dia dekat dengan kita KC.Saya rasa semakin takut KC,saya turun ketingkat bawah KC.Saya cakap dengan kawan-kawan dibawah!!!.Kau dengar apa yang aku dengar...Mereka pun dengar apa yang saya dengar dan saya berlari didekat mereka dan berpeluk bersama rakan-rakan yang lain dicorok bawah tangga.Saya memberanikan diri KC melihat dijendela ruang tamu KC.Pokok pisang dihadapan rumah bergoyang-goyang dan yang menyeramkan wajah pontianak berseragamkan kain putih diatas pokok pisang KC.arggggghhhhhhhhhhhhh.............menakutkan..dan syaitan itu menghilang...Saya tahu KC "tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan kebenarannya" tapi inilah terjadi pada diri saya dan kami berlima KC.

Cerita ini ada diterbitkan kisah misterijam12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan