Selasa, 20 April 2010

Gambar Erra Fazira Dan Keluarga Di Tanah Suci Mekah


Rokku cukup suka dengan gambar baby somel Engku Aleesya dengan mama tercinta Erra Fazira yang berlatar belakangkan Kaabah nih.Sangat menarik
walaupun gambarnya takde la high quality sangat.Mesti cute macam mama
dia jugak bila dah besar nanti si Engku Aleesya nih! Dengan dibentangkan
sejadah dan kitab suci yang disediakan,hati hanya ingin melakukan
ibadat saja.Tengok gambar je dah membuatkan Rokku teringin nak
menjejakkan kaki ke Tanah Suci.


Manis je akak Erra kita ni bertudung kan kan kan? Dah kahwin dan dah menjadi ibu ni tak teringin nak betul-betul bertudung ke Erra? Gambar ni
adalah koleksi ketika Erra Fazira dan keluarga pergi menunaikan umrah
dan dikatakan turut sama didalam adalah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.Ini
mengikut sumber lah,betul atau tidak Tuan Guru turut sama tu masih
samar-samar.


Dalam kesibukkan menjadi artis dan ibu masih banyak masa yang sempat diluangkan oleh Erra dan keluarga untuk mengerjakan umrah,mungkin lepas
ni tiba pulak masa untuk mengerjakan Haji pula untuk Erra dan Engku
Emran,InsyaAllah..

1 ulasan:

  1. Better use English...but nice pic n culture i like...

    BalasPadam